Akses dan penggunaan laman web ini dibuat oleh pengguna dengan risiko sendiri dan PTPTN tidak menjamin dan/ atau memberi waranti bahawa penggunaan laman web ini atau muat turun sebarang bahan seterusnya tidak akan merosakkan harta berkaitan pengguna atau menghapuskan risiko internet yang wujud seperti kehilangan data, serangan virus dan yang seumpamanya. PTPTN menafikan sebarang liabiliti untuk kehilangan, kerosakan dan/atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini atau perubahan yang dibuat ke atas kandungan laman web ini oleh mana-mana pihak ketiga.

PTPTN tidak menjamin pada bila-bila masa akan kesediaan produk atau perkhidmatan tertentu yang berterusan pada harga tertentu. PTPTN berhak untuk menarik balik sebarang produk atau perkhidmatan atau menolak permohonan untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan tanpa perlu memberikan sebarang sebab. PTPTN mengecualikan semua liabiliti dalam kontrak dan tort, tanggungjawab berkanun kepada mana-mana orang yang timbul daripada akses ke laman web ini atau sebarang kesilapan, ketidaktepatan atau ketinggalan yang terkandung di dalam laman web ini. PTPTN tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kerugian, kehilangan data, kontrak peluang perniagaan, ihsan atau reputasi yang dialami atau ditanggung yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan penggunaan atau ketidak-bolehguna laman web ini. PTPTN juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya pengguna kehilangan sebarang kandungan atau bahan semasa memuat naik atau menghantar data atau bahan tersebut melalui laman web ini.