Akses dan penggunaan laman web ini dibuat oleh pengguna
dengan risiko sendiri dan PTPTN tidak menjamin dan/ atau memberi waranti bahawa
penggunaan laman web ini atau muat turun sebarang bahan seterusnya tidak akan
merosakkan harta berkaitan pengguna atau menghapuskan risiko internet yang wujud
seperti kehilangan data, serangan virus dan yang seumpamanya. PTPTN menafikan
sebarang liabiliti untuk kehilangan, kerosakan dan/atau kerugian yang disebabkan
oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini atau perubahan yang
dibuat ke atas kandungan laman web ini oleh mana-mana pihak ketiga.
PTPTN tidak menjamin pada bila-bila masa akan kesediaan
produk atau perkhidmatan tertentu yang berterusan pada harga tertentu. PTPTN
berhak untuk menarik balik sebarang produk atau perkhidmatan atau menolak
permohonan untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan tanpa perlu memberikan
sebarang sebab. PTPTN mengecualikan semua liabiliti dalam kontrak dan tort,
tanggungjawab berkanun kepada mana-mana orang yang timbul daripada akses ke
laman web ini atau sebarang kesilapan, ketidaktepatan atau ketinggalan yang
terkandung di dalam laman web ini. PTPTN tidak akan bertanggungjawab untuk
sebarang kehilangan atau kerugian, kehilangan data, kontrak peluang perniagaan,
ihsan atau reputasi yang dialami atau ditanggung yang berkaitan secara langsung
atau tidak langsung dengan penggunaan atau ketidak-bolehguna laman web ini.
PTPTN juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya pengguna kehilangan sebarang
kandungan atau bahan semasa memuat naik atau menghantar data atau bahan tersebut
melalui laman web ini.